Alamak, Mahalini sudah berbadan dua?

202406271033 main.cropped 1719459192

Difahamkan, doktor meminta Mahalini berehat dan tidak boleh menaiki kapal terbang buat sementara waktu.

KETIKA isu pernikahan tidak sah dari segi undang-undang masih hangat diperkatakan, keadaan kesihatan Mahalini turut menjadi topik perbincangan peminat selepas dikatakan kurang sihat.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya, Rizky Febian yang mendedahkan suri hatinya agak lemah dan hampir pitam hingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Malah pelantun lagu Sial itu terpaksa membatalkan konsert di Makassar berikutan kondisi kesihatan yang membimbangkan.

Difahamkan, doktor memintanya berehat dan tidak boleh menaiki kapal terbang buat sementara waktu.

Susulan itu ramai peminat menebak Mahalini sudah berbadan dua, selain masih pada awal trimester yang tidak membolehkannya menaiki pesawat. Menerusi laman sosialnya, Mahalini meminta maaf tidak dapat memenuhi undangan pentas selain meminta peminat mendoakan kesihatannya.