Ahmad Maslan rajin masak, kongsi resipi \’Migam\’ pula

AHMAD MASLAN RESEPI

Ahmad Maslan berkongsi resipi terbaharunya di Facebook.

PETALING JAYA – Selain bercakap tentang kerjaya dan perkembangan politik negara, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan juga sering berkongsi resipi masakan yang menjadi aktiviti pilihannya di waktu senggang.

Beliau sekali lagi mencuri perhatian dengan menampilkan masakannya yang dinamakan mi goreng Ahmad Maslan atau diberi singkatan ‘Migam’ di Facebook.

“Mi, perisa, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kicap, telur, lada merah, minyak #sawit #Dsaji #Felda.

“Tiga bungkus, tiga telur dan letak timun. Badang kucing kesayangan pun tercium bau keenakan,”tulisnya ringkas menerusi satu hantaran.

Seperti biasa, perkongsian Timbalan Menteri Kerja Raya itu tentang masakan pasti mendapat perhatian orang ramai yang teruja dengan kebolehannya.

“Lapar pula tengok Datuk masak,”kata seorang pengguna.

“Pencen nanti YB (Yang Berhormat) boleh niaga,”ujar Jamil Rahman. – https://amiminerals.org/