Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Datuk Dr. Ahmad Fadzli

Ahmad Fadzli

SHAH ALAM – Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Ahmad Fadzli, 53, bagi menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari lalu.

Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya memaklumkan Ahmad Fadzli sebelum ini merupakan Pegawai Kewangan Negeri Selangor berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1996.

“Jawatan lain pernah disandang adalah Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada tahun 2020, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) pada tahun 2015 serta Pengurus Besar Yayasan Perak pada tahun 2012,”katanya.

Pengalaman lain beliau adalah Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah serta pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. – https://amiminerals.org/