Ahli kimia, koordinator sindiket dadah dicekup di P. Pinang

WhatsApp Image 2024 11 11 at 1.35.00 PM

Kok Chin (tengah) pada sidang akhbar tangkapan dan rampasn dadah di IPK Pulau Pinang, hari ini. – Foto oleh SAFINA RAMLI/KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan lima sekawan termasuk ahli kimia serta koordinatornya dalam tiga serbuan serentak di pusat bandar ini, 6 November lalu.

Menerusi serbuan itu kira-kira pukul 9.30 malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 25.1 kilogram dianggarkan bernilai RM3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, tiga lelaki tempatan berusia 53,54 dan 32 tahun diberkas menerusi serbuan pertama di sebuah rumah semi D satu tingkat di Jalan Lembah Permai, Tanjong Bunga yang disyaki dijadikan makmal haram memproses dadah.

“Suspek lelaki berusia 53 dan 54 tahun berperanan sebagai pembantu kimia yang memproses dadah, manakala suspek lelaki berusia 32 tahun ini bertindak sebagai ahli kimia memproses dadah. Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai pelbagai jenis dadah disimpan di dalam bilik di rumah ini.

“Antara dadah yang dirampas ialah pil serta serbuk ekstasi seberat 13.99 kilogram, syabu (6.03 kilogram), ketamin (4.99 kilogram) yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM 3 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, serbuan kedua telah dibuat di sebuah apartmen di kawasan Ayer Hitam dan telah menangkap suspek keempat iaitu seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun yang disyaki berperanan sebagai coordinator sindiket yang memasarkan dadah kepada pelanggan selepas siap diproses di makmal haram tersebut.

“Seterusnya, serbuan ketiga telah dibuat di sebuah kedai di Jalan Yeoh Guan Seok, Georgetown dan telah tangkap suspek kelima berumur 46 tahun yang disyaki menjadi pembantu serta rakan sekutu kepada suspek keempat,” katanya.

Kok Chin menjelaskan, modus operandi sindiket itu adalah menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dadah dan stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan terutamanya di kawasan Pulau Pinang dan Lembah Klang.-https://amiminerals.org/