Agong berangkat ziarah Makam Diraja sempena Hari Hol

Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Foto FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

“Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *