Agong berangkat ke luar negara jalani rawatan

WhatsApp Image 2025 02 07 at 10.42.22 9c2bd750

Antara gambar yang dikongsi di Facebook Rasmi Baginda Sultan Ibrahim ketika berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Rasmi Baginda, perkara ini juga telah disembah maklum kepada Majlis
Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,”tulis kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, turut mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, ialah Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. – https://amiminerals.org/