PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memilih ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’ sebagai aspirasi, dasar dan hala tuju bagi memacu perkhidmatan awam.
Menurutnya, aspirasi itu akan menumpukan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) selain diperkukuhkan dengan 20 strategi utama.
“Lima BKR itu termasuk Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.
“Sebahagian besar BKR itu adalah bersifat ‘low hanging fruits’ (sesuatu yang mudah dilakukan) dan ada juga yang memerlukan pelaksanaan dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang,”katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN di sini hari ini. – https://amiminerals.org/