PETALING JAYA – Seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya diceraikan suami ketika masih dalam tempoh berpantang.
Menerusi satu hantaran di Facebook milik Norsyafrinna Dzulkefli, wanita berkenaan yang kini bergelar bekas isteri mendedahkan beberapa tangkap layar memaparkan perbualan intim suaminya bersama beberapa wanita berumur yang dikenalinya menerusi aplikasi cari jodoh.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai ‘abang santan’ didakwa bukan sahaja curang malah tergamak melafazkan cerai ketika isterinya baru melahirkan anak dan masih dalam fasa berpantang selama 42 hari.
“Saya terpaksa bersuara kerana sudah tidak sanggup dipermainkan. Biar semua tahu siapa dia sebenarnya,” luah wanita itu dalam perkongsiannya.
Menurutnya, suaminya sanggup menyewa ‘homestay’ (inap desa) untuk bertemu dengan wanita lain tanpa rasa bersalah, malah mengaku sudah hilang nafsu terhadap dirinya selepas bersalin.
Turut menjadi perhatian adalah mesej dipercayai antara ‘abang santan’ dan wanita lain yang digelar sebagai orang ketiga dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga mereka.
Pendedahan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan selain mengecam tindakan suaminya.
“Ya Allah akak. Sampai hati abang buat cam tu. Tak sangka. Semoga akak kuat demi anak-anak,”kata Qisya Edora.
“Bini lawa weh, tapi tak apalah kak sedekah saja dekat mak cik-mak cik tu. Geli tekaklah baca perbualan tu pun. Semoga akak kuat semangat besarkan anak-anak,”ujar Yaya Adyla.
“Ya Allah bini dah lawa..Yang tua dia cari,”komen Ledya Watie. – https://amiminerals.org/