KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, terdapat satu permohonan yang diterima berhubung 68 pegawai kerajaan bagi menghadiri satu pameran di Berlin, Jerman baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan agensi atau kementerian tersebut, beliau berkata, bagaimanapun kelulusan bagi permohonan tersebut telah ditolak dengan dipersetujui oleh Jemaah Menteri.
“Baru-baru ini saya sergah satu agensi kerajaan, kementerian. Ada 68 orang nak pergi pameran di Berlin.
“Saya dapat sokongan penuh menteri Kabinet dan mereka tekad nak ‘stop’ (berhentikan). Maknanya menteri nak keluar (negara) sekarang ini, dua staf cukup.
“Benda ini kena kawal, (contoh) bawa 20 orang, tapi nak pergi mesyuarat lapan orang. Benda ini kena hentikan,”tegasnya.
Anwar berkata demikian pada Forum Ilmuan Malaysia Madani ‘Peralihan Tenaga Untuk Kesejahteraan Masa Depan Negara’ di sini, hari ini. – https://amiminerals.org/