SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“BKK akan dibayar pada Januari dan sebelum Aidilfitri pada Mac 2025 bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka,”katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri di Wisma Negeri, di sini hari ini.
Aminuddin turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di Negeri Sembilan yang mana tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam berada pada tahap tertinggi dan sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. – https://amiminerals.org/