KOTA BHARU – Seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama dua warga tempatan dicekup dalam Ops Serkap di depan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dekat sini semalam.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI itu ditahan kira-kira pukul 9 malam itu oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan dengan kerjasama JIM Putrajaya.
Menurutnya, PATI yang diberkas itu terdiri daripada 13 lelaki Indonesia, wanita Indonesia (22), lelaki Thailand (8), wanita Thailand (1), lelaki Myanmar (1) dan lelaki tempatan (2) yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 67 tahun.
“Mereka ditahan semasa menggunakan perkhidmatan van di laluan pejalan kaki di depan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
“Mereka ditahan selepas disyaki telah melanggar peraturan dan undang-undang di negara ini,” katanya. – https://amiminerals.org/