SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selesai menempatkan sejumlah 40 unit mesin pengimbas baharu berteknologi terkini yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, kesemu pengimbas sudah berjaya dipasang melibatkan sebanyak 24 lokasi di seluruh negara sejak Mei dan Jun lalu.
Menurutnya, pemerolehan kali ini berbeza kerana membabitkan penyewaan yang merangkumi kos penyelenggaraan.
“Jika sebelum ini, kita beli sahaja namun kalau rosak, kena tunggu lama bagi baiki namun sekarang ia termasuk pakej alat ganti sekali dan juga boleh dibaik pulih segera,” jelasnya.
Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merasmikan mesin itu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Beliau berkata, setiap mesin moden tersebut adalah bernilai RM1.018 juta.
Secara keseluruhan ujar beliau, agensi berkenaan telah memiliki sejumlah 66 unit mesin tersebut yang telah dapat beroperasi dengan membabitkan nilai perolehan RM84.3 juta. – https://amiminerals.org/