4 kenderaan rosak kemalangan trak TLDM di Langkawi

tldm

Keadaan trak TLDM yang terbalik selepas dipercayai hilang kawalan di Jalan Teluk Baru di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Empat buah kenderaan terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Teluk Baru, di sini hari ini.

Komander Hadapan Bilik Gerakan LIMA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3 petang tadi.

Katanya, insiden tersebut berlaku di Jalan Teluk Baru berhampiran persimpangan Jalan Pantai Chenang.

“Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu sebuah trak TLDM, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza, dua buah kereta Perodua Axia dan sebuah kereta Perodua Viva.

“Enam mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, seorang lelaki berusia 31 tahun dikatakan cedera di tengkuk, manakala seorang lagi mangsa berusia 30 tahun dirawat di zon kuning.

“Empat lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan,”katanya. – https://amiminerals.org/