26 motosikal pekerja kilang hangus

WhatsApp Image 2024 09 09 at 4.31.07 PM

KEADAAN motosikal pekerja kilang yang terlibat dalam insiden kebakaran di Jalan Pekeliling pagi tadi.

PASIR GUDANG – Sebanyak 26 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir di sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, musnah terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi.

Katanya, kebakaran motosikal milik pekerja kilang itu telah berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba Pasir Gudang kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Bagaimanapun, kejadian yang berlaku itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan nyawa,”katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, anggaran kerugian yang dialami pemilik motosikal berkenaan dianggarkan RM78,000 dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *