KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang pertama di Terengganu tidak banyak berubah dengan 2,579 mangsa daripada 645 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS).
Begitupun hanya dua daerah masih terjejas iaitu Kemaman dan Marang manakala Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun telah pulih sepenuhnya semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kemaman kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 2,566 mangsa daripada 641 keluarga masih berlindung di lima PPS.
“Kesemua mangsa berada di Pusat Latihan Darul Iman (2102 orang), Sekolah Kebangsaan Kemasik (405 orang) dan Balai Raya Padang Kemunting (29 orang).
“Selain itu, seramai 19 mangsa berada di PPS Balai Raya Beris Nenas dan Balai Raya Meraga Beris (11 orang),”katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang.
Beliau berkata, pemantauan terus dilakulan memandangkan hujan masih turun di beberepa tempat di Terengganu. – https://amiminerals.org/