GEORGE TOWN – Sebanyak 19 ekor kambing mati dalam kebakaran di sebuah kandang ternakan di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.58 tengah hari tadi.
Katanya, operasi pemadaman melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Komander Operasi, Mohamad Hirman Md. Rodzi.
“Kandang kambing itu musnah kira-kira 90 peratus. Sebanyak 19 ekor kambing dilaporkan mati dalam kejadian itu,”katanya.
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah kenderaan antaranya Honda Civic yang musnah 80 peratus, lori satu tan, Honda City dan Proton Wira.
Tiada mangsa yang cedera. Api berjaya dikawal pada pukul 1.07 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.21 petang. Setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – https://amiminerals.org/