17 individu ditahan kes gaduh pasangan kekasih

WhatsApp Image 2024 08 28 at 17.33.22 4a5f8879

Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seramai 17 individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan dipercayai akibat selisih faham satu pasangan kekasih di Queen Water Front Q1, Bayan Lepas, di sini awal pagi semalam.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun itu diberkas selepas kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata,15 lelaki dan dua wanita itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi sekitar Bayan Lepas.

Katanya, mengikut laporan awal yang diterima pihak polis, seorang pengadu lelaki telah melihat teman wanitanya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berada di Queen Water Front Q1.

“Pengadu bertindak menghubungi rakan dan ibunya untuk berbincang secara baik bersama teman wanitanya, namun ketika ibu dan rakannya tiba, datang sekumpulan lelaki (anggaran 10 orang) telah memukul pengadu dengan menggunakan topi keledar, pengadu berjaya melarikan diri kemudian tampil ke balai polis untuk membuat laporan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Sazalee, kesemua yang ditahan adalah pekerja kilang, pelajar kolej, pembantu restoran, jurutera, peniagabdan penganggur.

“Polis turut merampas lima topi keledar yang digunakan dalam pergaduhan tersebut. Tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik dab kesemua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,”jelasnya. -https://amiminerals.org/