PARIT – Sebanyak 12 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan garaj sebuah rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan, Layang-Layang Kiri di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kebakaran tersebut pada pukul 3.39 pagi.
“Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit ke lokasi kejadian. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.10 pagi manakala punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan,”katanya di sini hari ini. – https://amiminerals.org/