PETALING JAYA – Sebanyak 1,906 kes kemalangan dengan 10 kematian direkodkan di seluruh negara semalam.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, secara keseluruhan sebanyak 3,738 kes kemalangan dicatat pada Selasa dan Rabu lalu.
“Pada Selasa, JSPT menerima 1,832 kes kemalangan membabitkan lapan kematian, manakala hari berikutnya angka meningkat dengan 1,906 kes dan 10 kematian.
“Statistik merekodkan peningkatan 74 kes, manakala jumlah kematian pula adalah 18 mangsa dalam tempoh dua hari,” katanya menerusi laporan statistik harian kemalangan sempena Aidilfitri hari ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang terutama menjelang musim perayaan minggu ini. – https://amiminerals.org/