PONTIAN – Sebuah gudang yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan peralatan ‘ iron casting’ musnah 50 peratus dalam kejadian kebakaran di Taman Perindustrian Pekan Nanas, dekat sini, lewat petang semalam.
Komander Operasi Kanan, PPgB, Iqbal Raduan berkata, kebakaran turut menyebabkan bengkel membaiki lori dengan keluasan 300 kaki x 300 kaki telah terbakar sebanyak 5 peratus.
Iqbal yang merupakan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 petang dan tiba dilokasi kejadian empat minit kemudian.
Katanya, turut membantu dalam operasi pemadaman tersebut dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pontian Baru, Skudai dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulai Besar.
“ Sebaik sahaja Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memang benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah Gudang berukuran 300 kaki x 300 kaki yang menjadi tempat penyimpanan ‘ iron casting’ telah terbakar.
“ Dan telah merebak ke sebuah bengkel membaiki lori yang berdekatan dengan lokasi kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.- https://amiminerals.org/