Zakat, Wakaf Berperanan Besar Pastikan Pembangunan Ekonomi Mampan – TPM Fadillah

86a858c5499517d8cbbd22b8a3f5e9d966fbdd9287d64 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Forum Serantau YAPEIM 2024 di Putrajaya.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA cfab5ada1e53fc84de997d9b5602e5a666fbddb411cf7 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Forum Serantau YAPEIM 2024 di Putrajaya.Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar (kiri) dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus (kanan).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 1f352aa4c942522f9fbd1c3919a290ee66fbddd265780 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama rakan strategik YAPEIM pada Majlis Perasmian Forum Serantau YAPEIM 2024 di Putrajaya.Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar (empat, kiri) dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus (tiga, kiri).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 1 Okt (Iteenews) –Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikanpembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berucap merasmikanForum Serantau YaPEIM (FSY) 2024 di sini hari ini, beliau berkata institusi berkenaan antara institusi sektor ketiga yang boleh digembleng untuk mencapai tujuan itu.

“Walaupunsemua institusi ini di bawah seliaan kerajaan, ia menerima sumbangan sama ada dalam bentuk zakat, wakaf atau infak daripada khalayak ramai dan sumbangan ini digunakan oleh agensi ini mengikut kaedah yang telah ditentukan,” katanya.

Beliau berkata selain itu sektor ketiga mampu menyokong pembangunan ekonomi dengan mencipta peluang pekerjaan dan memberisokongan kepada perniagaan nano, mikro dan kecil.

“Melalui programyang dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan, sektor ini dapat membantu memperkukuh ekonomi melalui peningkatan peranan perusahaan nano, mikro dan kecil.

“Dengan penyediaan latihan dan pendidikan kepada individu, sektor ketiga dapat membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada individu malah kepada ekonomi secara keseluruhan dengan menghasilkan tenaga kerja lebih berkemampuan,” katanya.

Fadillah berkatatahap tadbir urus sektor ketigaperlu berada di peringkat setinggi yang mungkin kerana ia adalah sektor yang menerima sumbangan daripada rakyat untuk diagihkan kepada rakyat.

“Dengan memperakui bahawa sektor ketiga memainkan peranan sangat penting bagi pembangunan ekonomi yang menyokong kepada kesejahteraan masyarakat, terdapat keperluan untuk terus memastikan tatakelola institusi infak berada di tahap cemerlang bagi memastikan keberkesanan dan kepercayaan masyarakat terus diperoleh.

“Antara isu utama berkaitan tadbir urus infak ialah ketelusan dan akauntabiliti. Masyarakat perlu diyakinkan bahawa sumbangan yang diberikan digunakan dengan cara yang betul dan sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *