Yuran Penyenggaraan: Realiti Yang Sukar – JMB Dan MC Kurang Kepakaran, Penduduk Abai Tanggungjawab

347cacba7b37289b6b27395ccf9db17f67d242dd75a8c Keadaan persekitaran dan fasiliti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kian merosot, dengan bangunan yang semakin usang, dinding berlumut, serta kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik, mencerminkan pengabaian terhadap kesejahteraan penghuni. 13ce648bc43740d2ce4708193353bf1167d24300a25e3 fa7bd846358ae0289b935f93e7fb297767d24316a70ea

Oleh Abdul Hamid A Rahman

Ini adalah rumusan daripada siri artikeltiga bahagian mengenai kutipan yuran penyenggaraan melibatkan hartanah strata.Ia meneliti cabaran penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), peranan JMB dan MC serta tanggungjawab pemilik dan penyewa.

Peguam Lai Chee Hoe turut menyentuh cadangan yang digariskan dalam dua siri pertama, memberikan pandangan dari aspek undang-undang mengenai kemampanan kewangan dan pembaharuan tadbir urus.

Pakar menekankan keperluan kepada penguatkuasaan yang lebih baik, pendidikandan perancangan kewangan untuk meningkatkan pematuhan dan kestabilan jangka panjang dalam komuniti strata.

KUALA LUMPUR, 13 Mac(Iteenews) — Ia tidak mengejutkantetapi para pakar membangkitkan bahawa segelintir Badan Pengurusan Bersama(JMB) dan Perbadanan Pengurusan(MC) yang didakwa tidak memahami sepenuhnya bidang kuasa mereka seperti yang termaktub dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) apabila ia berkaitan dengan kutipan tunggakan yuran penyenggaraan.

Adakah ini satu lagi realiti yang tidak diingini? Ya.

Isunya ialah ramai penduduk gagal untuk mengambil tanggungjawab kewangan mereka dengan serius, menyebabkan tunggakan meningkat dan menjejaskan kemampanan hartanah strata.