KUALA LUMPUR, 25 Mac (Iteenews) — YTL Communications Sdn Bhd memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Equinix Incdan Transcelestial bagi membawapenyelesaian teknologi terkini untuk perniagaan di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti ketersambungan dan kebolehan AI di seluruh negara.
Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ini membolehkanmembolehkan pelanggan antarabangsa mengakses YTL AI Cloud yang canggih menerusi rangkaian global Equinix selain membolehkan YTL AI Cloud menyokong peningkatan permintaan bagipengkomputeran di peringkat serantau.
“Menerusiservis rangkaian global terkemuka milik Equinix, perniagaan boleh mempunyai akses dipercayai dan selamat bagi YTL AI Cloud untuk GPU-sebagai-Perkhidmatan danmembantu syarikat mendapatakses GPU generasi terkini untuk kerja-kerja AI,” katanya.
Syarikat itu berkata dengan YTL AI Cloud yang disokong 100 peratus tenaga boleh baharudi Taman Pusat Data Hijau 500MW milik YTL, kerjasama itumembolehkan perniagaan menerima AI tanpa memberi impak terhadap kelestarian iklim, selaras dengan trend global ke arah pembangunan AI yang bertanggungjawab.
YTL Communications adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysiayang memanfaatkan teknologi komunikasi laser tanpa wayar Transcelestial bagi menyediakan rangkaian dengan ketersambungan kelas fiber dan tahapfleksibiliti baharu.
“Penyelesaian canggih ini menghapuskan keperluan kabel fizikal, membolehkan kertersambungan kelas fiber latensi rendah berkapasiti tinggi walaupun di lokasi sukar dijangkau atau diselenggara menggunakan teknologi fibre konvensional.
“Peranti CENTAURI dari Transcelestial menawarkan fleksibiliti penyebaran tiada tandingan untuk menyediakan ketersambungan tanpa spektrum berkapasiti tinggi melalui lasertanpa memerlukan kabel fiberfizikal,” katanya.
— BERNAMA