Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) Datuk Azmir Jaafar (belakang tiga, kiri) bergambar bersama murid terpilih yang menerima barangan keperluan sekolah pada majlis pelancaran Program Pek Kembali Ke Sekolah di Dewan Semai Bakti, Gemas, hari ini.
TAMPIN, 28Nov (Iteenews) — Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) telah membantu hampir 200,000 kanak-kanak seluruh negara menerusi pemberian kelengkapan pek kembali ke sekolah sejakdiperkenalkan pada 2017.
Presiden RMHC MalaysiaDatuk Azmir Jaafar berkata bagi menjayakan inisiatif ini, lebih RM10 juta dibelanjakan bagi menjayakan inisiatif ini dan memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan.
"Bagi sesi persekolahan tahun depan, kami menyasarkan 10,000 murid prasekolah daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara untuk menerima Pek Kembali ke Sekolah denganperbelanjaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Program Pek Kembali ke Sekolah yang turut dihadiri Penasihat Yayasan Jaafar Ahmad (YJA) Zainuddin Jaafar dan Pengurus Besar RMHC Malaysia Nasri Nordin di Dewan Semai Bakti Felda Pasir Besar, Gemas di sini.
“Sepanjang pelaksanaan program ini, kami menerima banyak maklum balas positif daripada ibu bapa, guru, dan pihak sekolah. Program ini sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak setiap tahun. Apabila mereka mendapat kelengkapan persekolahan baharu, semangat mereka untuk ke sekolah dan belajar meningkat,” katanya.
Beliau juga pengasas YJA berkata usaha ini diteruskan dengan sokongan rakan korporat dan individu yang komited setiap tahun dan Yayasan Jaafar Ahmad (YJA), sering menjadi rakan penaja di Negeri Sembilan dan pada kali ini, dianggarkan 700 murid akan menerima manfaat tersebut.
Azmir berkata pengagihan sumbangan Pek Kembali ke Sekolah ini dijangka diselesaikan sebelumMac 2025, iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.
Dalam pada itu, beliau berkata YJA menyumbang RM50,000 kepada RMHC Malaysiauntuk350 kanak-kanak daripada 11 sekolah rendah dan empat Tabika KEMAS di daerah Tampin tahun ini.
“Bantuan ini amat bermakna bagi saya kerana saya juga merupakan anak peneroka Felda. Saya berharap anak-anak ini akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha mencapai kecemerlangan akademik,” tambahnya.