Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Iteenews) –Perniagaan dan pengguna di Malaysiadiberi amaran mengenai risiko keselamatan siber yang meningkat berikutan lonjakan penipuan dalam talian dan ancaman siber khususnya sewaktumusim perayaan Hari Raya, kata firma keselamatan siber global, Fortinet.
Pengarah Kanan Fortinet Asia Tenggara, Peerapong Jongviboolberkatabeliau percaya peningkatan aktiviti e-dagang sepanjang tempoh tersebut memberipeluang yang menguntungkan bagi penjenayah siber.
Katanya, penjenayah berkenaan akanmengeksploitasi mangsa yang tidak berasa curiga melalui pelbagai penipuan digital dan serangan yang berniat jahat.
Beliau menegaskansyarikat dan individu mestimengutamakan perlindungan data dan strategi sokongandengan langkah berjaga-jaga tambahanterutamanya semasa musim perayaanbagi mengurangkan potensi kerugian akibat pencerobohan siber selainmemastikan kelangsungan perniagaan.
"Semasa musim perayaan, penjenayah siber mengedarkan perisian hasad melalui laman web beli-belah palsu, lampiran e-mel berniat jahatdan iklan berbahayayang sering disamarkan sebagai promosi perayaan atau kupon diskaun.
"Sebaik sahaja dipasang, ia boleh mencuri maklumat peribadi, menjejaskan kelayakan perbankanbahkan bertindak sebagai pintu belakang untuk serangan siber yang lebih serius,"katanya kepada Iteenews dalam satu temu bual bertulis bersempena World Backup Day2025.
Peerapongberkata, laman sesawangbeli-belah palsu juga menimbulkan risiko besar kerana penjenayah siber menggunakan teknik 'typosquatting' (pencurian URL) untuk mencipta laman e-dagang palsu yang menyerupai peruncit sah.
Katanya, iamemerangkap pengguna untuk memasukkan butiran kad kredit mereka.