WEF Dijangka Lebih Fokus Kepada Tarif, Dasar Industri Trump 2.0

dcce27af15c840a4d3f43bf3f094836465a4d18734e82Foto: REUTERS

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Iteenews) — Forum Ekonomi Dunia(WEF) menjangka lebih banyak tumpuanakan diberikan kepada tarif dan dasarindustri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.

Presiden dan Ketua Pegawai EksekutifnyaBorge Brendeberkata hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China dijangkaberdepan cabaran besar sepanjang empat tahun akan datang iaitu di bawahpentadbiran Trump.

Trump dan Naib Presidennya JD Vance akan mengangkat sumpah pada 20 Jan, 2025.

"Perkara iniakan menjadi menarik untuk melihat bagaimana iaberkembang kerana kedua-dua ekonomi ini saling terintegrasi, tetapi kita sudah melihatcontohnyaeksport China yangtidak bergantung sepenuhnya pada pasaran ASseperti dahulu.

"Beberapa tahun lalu, 25 peratus eksport China pergi ke AS. Hari ini, angka itu adalah 12 peratus, 13 peratus," kata Brende pada taklimat media secara maya yang diadakan bersempena dengan pelancaran Global Cooperation Barometer 2025 hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai impak penggal kedua Trump terhadap kerjasama globalmemandangkan presiden yang dipilih itu bukan penyokong besar institusi dan perjanjian multilateral.

Brende berkata terdapat fenomena negara sekutu politik dan ekonomi (friendshoring atau allyshoring)apabila syarikat yang bersaing juga bekerjasama dalam beberapa bidang.

"Ini adalah perkara yang perlu kita biasakan dalam peraturan dunia baharu. Ia adalah peraturan dunia yang kompetitif dan saya rasa pentadbiran Trump yang baharu akan menyokong perkara ini," katanya.

Terdahulu, Brende berkatakos untuk dunia yang tidak bersepaduadalah tinggi.