Wasco Catat Prestasi Kewangan Terbaik Tahun Kewangan 2024, Umum Dividen 2 Sen

0b7780621f2f19928a8ef086c47a1d5167c2d7e12ca08

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Iteenews) –Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagitahun kewangan berakhir 31 Dis,2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.

Perolehan turut meningkat kepada RM3.18 bilionberbanding RM2.61 bilion pada tahun sebelumnya.

Wasco dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut mengumumkandividen sebanyak dua sen sesaham iaitu pembayaran pertama kumpulan sejak 2020.

Syarikat berkata ia juga menutup 2024 dengan hasil suku keempat yang "luar biasa."

Perolehanmeningkat sebanyak 22.9 peratus tahun ke tahun kepada RM984.40 juta manakala keuntungan bersih meningkat sedikit kepada RM35.27 juta berbanding RM35.22 juta tahun sebelumnya.

Secara sukuan, keuntungan bersih Wasco meningkat 41 peratus daripada RM25.02 juta yang dicatatkan pada suku ketiga tahun kewangan 2024.

"Peningkatan ketara dalam keuntungan dipacuoleh sumbangan perolehan yang lebih tinggi semasa suku tersebut, disokong oleh penyelesaian projek utama dalam sektor gas asli cecair (LNG), industri, pemerangkapankarbon dan tenaga boleh baharu," katanya.

Syarikat berkata prestasi untuk tahun kewangan 2024 berjaya memecah rekod dipacuoleh pelaksanaan yang kukuh di semua segmen perniagaan dengan suku keempat memberikan momentum pertumbuhan yang lebih baik.

Ia berkata bahagian perkhidmatan tenaga mencatatkan perolehantahunan sebanyak RM2.6 bilion, naik 14 peratus berbanding RM2.3 bilion pada tahun kewangan 2023.