Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 3 Jan(Iteenews) — Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) hari ini mengumumkan Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Labuan FSApada 31 Dis, 2024.
Dalam kenyataan kepada Iteenews, Labuan FSA menjelaskanpelantikan pengerusi baharu akan diumumkan dalam tempoh terdekat,selepas diluluskan Kementerian Kewangan (MOF).
Wan Mohd Fadzmiberkhidmat sebagai Pengerusi Labuan FSA sejak 1 Jan, 2024, selepas dilantik oleh MOF.
“Pengurusan Labuan FSA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wan Mohd Fadzmi atas kepimpinan beliau yang dapat menjadi contohdi samping sumbangan yangtidak ternilai sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Usaha beliautelah memberikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan kejayaan berterusan Labuan FSA,” tambahnya.
Labuan FSA memaklumkan lembaga pengarahnya yakin Labuan FSA akan memperoleh pencapaian baharu di bawah kepimpinan akan datang.
Labuan FSA ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadappembangunan dan pentadbiran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
— BERNAMA