Wakil Tesla Temui MITI 22 Ogos, Bincang Rancangan Pelaburan Di Malaysia – Zafrul

a3acadf147a46e3082d588d86850e50b66b736178da7cMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Iteenews) — Wakil daripada ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 22 Ogos ini untuk membincangkan rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan syarikat itu di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Azizberkatapersetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunanserta sektor lain yang berkaitan.

“Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini, setakat ini, maklumat yang diterima hanyalaporan daripada pihak ketigadan bukan daripada sumber rasmi Tesla. Namun, untuk berlaku adil kepada Tesla, mereka tidak pernah berjanji untuk membuka kilang di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Mini MITIday dan majlis pecah tanah dewan serba guna terbuka Kampung Angkat Madani di Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar, Sabak Bernamhari ini.

Tengku Zafrul berkata kenyataan rasmiakan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla dan memastikan komitmen yang dijanjikan sebelum ini akan terus dipenuhi.

“Namun, saya ingin mengetahui apakah rancangan mereka seterusnya. Buat masa ini, perkhidmatan pusat servis Tesla sedia ada akan terus beroperasi seperti biasa,” kata beliau.

Setakat ini, Tesla telah membangunkan empat pusat pengalaman di Malaysia.

Syarikat automotifmultinasional itu juga telah melepasi sasaran untuk memasang 50 unit pengecas apabila telah membangunkan 52 unit pengecas segera dengan kapasiti melebihi 180 kilowatt di pelbagai tempatdiLembah Klang, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *