Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
IPOH, 16 April (Iteenews) — Polis sedang menyiasat kejadian kekecohan yang berlaku ketika anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan penguatkuasaan di sebuah restoran di Menglembu hari ini, seperti yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACPAbang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seoranganggota penguat kuasa MBIiaitu lelaki berusia 40 tahun pada 6.43 petang tadi berkaitan kejadian terbabit.
“Siasatan awal mendapati semasa pengadu bersama pasukan penguat kuasa sedang menjalankan tugas sitaan kerusi dan meja berdasarkan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI, telah berlaku provokasi oleh seorang daripada pekerja restoran berkenaan.
“Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas rasmi. Pengadu turut memaklumkan bahawa seorang daripada anggota penguat kuasa telah ditumbuk oleh individu terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkatapihaknya sedang merakam keterangan daripada saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen353/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Abang Zainal memintaorang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Sheikh Fateeha Iman menerusitalian 010-290 8095 atau hadirke balai polis berhampiran.
Terdahulu tular satu video berdurasi 5 minit 57 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook memaparkan sekumpulanpenguat kuasa menyerbu sebuah premis dipercayai sebuah restoran.
Video itu turutmemaparkanseorang wanita pengsan dan berlakupertelingkahan antara penguat kuasa dan beberapa individu di lokasi terbabit.
— BERNAMA