KUALA LUMPUR, 17 Mac(Iteenews) –Dutch Lady Milk Industries Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Veronika Winanti Wahyu Utami sebagai pengarah urusan baharuberkuatkuasa pada 15 April, 2025.
Dalam kenyataannya,Dutch Lady berkata beliau menggantikan Ramjeet Kaur Virik yang menggalas tugas itu sejak Julai2021 dan kini dalam proses memegang peranan sebagaipengarah global, pemasaran dan inovasi di FrieslandCampina Professional and Trading di Belanda.
Utamiyang kini berperanan sebagai pengarah pemasaran tenusu untuk pengguna dan pemakanan khusus di Frisian Flag Indonesia, akan mengetuai operasi Dutch Lady dan melaporkan kepada Presiden FrieslandCampina Asia Corine Tap.
Beliau bakal menggalas tanggungjawab baharu itu denganpengalaman kepimpinan yang luas dalam sektor barangan pengguna yang pesat di Indonesia.
Di bawah kepimpinan dan pengalamannya, jenamaFrisian Flag mencatat pertumbuhan ketara yang merentasi semua segmen, malah turut menyelia transformasi pelbagai jenama Frisian Flag sebagai jenama yang padu, mempamerkan kekuatan inovasi, identiti korporat dan kemampanan.
Syarikat itu turut meraihpertumbuhan bahagian pasaran selama dua tahun berturut-turut.
Sebelum menyertai Frisian Flag Indonesia, Utami berkhidmat selama 20 tahun di Unilever menerusi pelbagai peranan kepimpinan pemasaran di Indonesia sertarantau ini.
Beliauberkhidmat sebagai pengarah pembersihan fabrik untuk Asia Tenggara dan New Zealand dari 2018 hingga 2019 dan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Unilever Indonesia pada tahun sama.
Dutch Lady berkata kepakaran Utami akan menyaksikannya berperanan penting dalam mengemudi fasa pertumbuhan dan pembangunan seterusnya untuk Dutch Lady.