Velesto Cadang Pengurangan Modal RM1.2 Bilion Untuk Perkukuh Kewangan

307b33096311a3fb88efcfc90739a4156564702e7e1f4

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Iteenews) –Velesto Energy Bhd bercadang untuk mengurangkan modal sebanyak RM1.2 bilion bagi mengimbangisebarang kerugian terkumpul syarikat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Velesto berkata cadangan pengurangan modal itu tidak melibatkan sebarangaliran tunai keluar dari syarikat dan anak syarikatnya, serta tidak memberi kesan terhadap jumlah saham yang dimiliki oleh pemegang saham.

Langkah ini jugatidak menjejaskan pemegangan saham, struktur pemilikan, atau nilai aset bersih kumpulan, katanya.

Ia berkata selepas langkah pengurangan itu dilaksanakan, perolehantertahanVelesto dijangka berjumlah kira-kira RM1.33 bilion di peringkat syarikat dan RM1.06 bilion di peringkat kumpulan, berdasarkan keputusan kewangan yang tidak diaudit setakat 31 Disember 2024.

“Pelaksanaan ini merupakanlangkah strategik bagimengoptimumkan struktur modal syarikat untuk pengagihan kepada pemegang saham pada masa hadapan," kata kumpulan itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden Velesto Megat Zariman Abdul Rahim berkata pengurangan modal inimerupakan satu langkah penting dalam mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham.

“Kami telah melaksanakan langkah serupa pada 2020, dan sejak itu, kami telah mencapaikemajuan yang ketara dalam pemulihan kewangan kami dengan mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan tahun kewangan 2024,” katanya.

Modal saham yang diterbitkan oleh Velesto berjumlahRM1.84 bilion yang merangkumi 8.21 bilion saham pada 28 Februari 2025. Selepas pengurangan modal, modal saham akan dikurangkan kepada RM644.83 juta.

Pelaksanaan pengurangan modal yang dicadangkan ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan perintah oleh Mahkamah Tinggi Malaya. Tanpa mengambil kira halangan yang tidak dijangka, langkah ini dijangka diselesaikan pada suku ketiga 2025.