Kredit : UTP
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Iteenews) –Universiti Teknologi Petronas(UTP) danBiovisma Sdn Bhd (Biovisma), turut dikenali sebagai Green Energy Asia (GEA), memeterai perjanjian persefahaman (MoU)untuk berkolaborasidalam pengeluaranbiobahan api lestari.
Menurut UTP dalam kenyataan, kerjasama itu bertujuanmembangunkan penyelesaian yang berkesan termasuk dari segi kos untuk penjanaan biobahan api dan produk nilai tambah lain daripada minyak masakterpakai.
Naib Canselor UTPProf DatukDr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib menandatangani MoU itu bagi pihak universiti itu manakala Biovisma diwakili Pengarah UrusanCheng Swee Siong. Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim.
Mohamed Ibrahim berkata kerjasama itu menandakan satu langkah penting ke arah masa depan yang lebih mampan.
“Dengan bekerjasama, kami boleh memanfaatkan kepakaran dan sumber kami untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagimenghasilkan biobahan api. Ini sejajar dengan usaha berterusan UTP untuk menangani cabaran alam sekitar dan memupuk inovasi dalam komuniti akademiknya," katanya.
Sementara itu, Cheng menekankan kepentingan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan potensi usaha samaberkenaanuntuk mengubah landskap biobahan api di Malaysia.
"Perak mempunyai potensi besar untuk menerajui Malaysia dalam pengeluaran biobahan apidaripada minyak masak terpakai. Dengan MoU ini, kami bukan sekadar menandatangani dokumen; kami komited untuk masa depan yang lebih hijau dan mampan.
“Bersama-sama dengan UTP, kami berhasrat untuk menukar sisa menjadi kekayaan dengan mewujudkan ekonomi kitaranyang memberi manfaat kepada alam sekitar dan komuniti,” katanya.
Pusat Penyelidikan Biofuel dan Biokimia (CBBR) UTP yang telah diiktiraf sebagaiPusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi, akan memainkan peranan penting dalam kolaborasi itu.