UOB Malaysia sasar tingkatkan segmen perbankan runcit

8230b6777db8bdd06c8d4ac237da666a66bd51ac3e3fb f4e44c24a95549fbda1e92006a74792966bd51d4dcb58

Beliau berkata UOB telah menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam segmen perbankan runcit dan borongnya khususnya dalam sektor runcit yang telah mengalami pertumbuhan ketara dengan kenaikankonsisten dalam akaun CASA baharu setiap bulan.

“Pengembangan ini disokong oleh platform digital kami yang kukuh, iatelah menerima 55 peratus pelanggan runcit baharu,” katanya pada taklimat media semasa Hari Korporat UOB 2024 di sini hari ini.

Mengenai kualiti akaun baharu,purata baki setiap akaun kekal kukuh dan menyumbang secara positif kepada kedudukankewangan bank, katanya.

“Segmen borong turut menunjukkan daya tahan terutamanya melalui platform Infinity Business Digital, yang telah mengukuhkan imbangan CASA dalam sektor ini.

“Pertumbuhan dalam kedua-dua segmen runcit dan borong telah menyumbang kepada gabungan keseluruhan CASA bank ini, meletakkannya dengan baik untuk pertumbuhan masa depan,” katanya.

Ng berkata seiringdengan matlamat ekonomi Malaysia yang lebih luas, UOB Malaysia memanfaatkan sektor pertumbuhan utama seperti pembuatan bernilai tambah tinggi, tenaga boleh baharudan ekonomi digital.

“Sektor-sektor ini dilihat sebagai pemacu kritikal dalam membawanegara ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

"Kami menjangkakan pelaburan yang signifikan dalam agenda hijauterutamanya dalam tenaga boleh baharudan ekonomi digital, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi," katanya.

Melangkahke depan, Ng berkata UOB Malaysia kekal optimistik mengenaitrajektori pertumbuhannya dan menjangkakan akan melebihi rekod keuntungan tahun lepas, didorong oleh gabungan pertumbuhan perolehan, pengurusan kos dan pelaburan strategik dalam sektor utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *