Kredit: UOB Malaysia
ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Iteenews) –United Overseas Bank Ltd (UOB) yang berpusat di Singapurabersama Invest Johor melancarkan "green lane"(penilaian pantas)bagimempercepatkan pelaburan ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Ketua Pegawai Eksekutif UOB MalaysiaNg Wei Wei berkata inisiatif itumerupakansatu daripadahasil memorandum persefahaman yang dimeteraibersama Invest Johor pada Persidangan ASEAN 2024,Ogos lepas.
"Di bawah perjanjian bersamaInvest Johor, UOB akan melaksanakan penilaian prakelayakan untuk permohonan pelanggan kami bagi mendapatkan kelulusan pantas diJohor.
"Penilaian ini akan dilakukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Invest Johor dania pasti akan mempercepatkan masa pemprosesan," katanya pada persidangan Misi Perniagaan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) di sini hari ini.
Persidangan itujuga dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ng berkata, bagi mempermudah proses tersebut, UOBmemperkenalkan perkhidmatan pembukaan akaun laluanpantas untuk pelanggan Singapura yang ingin mengembangkan perniagaan ke JS-SEZ.
"Kami juga menubuhkan meja khususJS-SEZ di Johor dan Singapura untukmemberikan sokongan pantas mengenai penyelesaian kewangan, pembukaan akaundan kemasukan dalam pasaran kepadapelanggan kami.
"Matlamat kami mudahiaitumahu pelanggan merasaipengalaman yang pantasdan tanpa kesulitan," katanya.
Beliau berkata UOB kini bekerjasama dengan lebih 20 syarikat bagimempermudah pelaburan berpotensi ke JS-SEZyang bernilai beberapa bilionselainmomentum ini dijangka terus berkembang dengan kukuh.