Untung Bersih Suku Kedua Time Dotcom Susut Kepada RM99.05 Juta, Umum Dividen Khas

4c0b46f88a0edf72ca91bf551320af6566cc5c845b607

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Iteenews) — Keuntungan bersihTime Dotcom Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun,2024, susut kepada RM99.05 juta daripada RM2.26bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya berikutan penamatan operasi perniagaan Pusat Data AIMS.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan telekomunikasi itu berkata ketiadaan keuntungan daripada operasi ditamatkan itu dimasukkan dalam suku kedua 2024 memandangkan transaksi berkenaanselesai pada 20 April, 2023.

Perolehan hasilnya meningkat 7.5 peratus kepada RM418.49 juta daripada RM389.20 juta sebelum ini berikutan pertumbuhan ketara disumbangkan olehperuncitan dandiikuti oleh langganan borong dan perusahaan.

Bagi separuh pertama 2024, Time Dotcom mencatatkeuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM209.72 juta daripada RM2.38 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepasmanakala hasil menokok sebanyak 10.4 peratus kepada RM836.25 juta berbanding RM757.62 juta sebelum ini.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut mengumumkan dividen pengecualian cukai interim satu peringkat khas sebanyak 18.93 sen bagi sesaham biasa dengan pembayaran berjumlah kira-kira RM350juta.

Tarikh pembayaran ditetapkan pada 25 Sept, 2024.

Ketua Pegawai EksekutifAfzal Abdul Rahim berkata tumpuan kumpulan itu kekal pada usaha mengembangkan liputan untuk mencapai dan memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

“Kami akan terus memantau pasaran bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah,” katanya.

Pada masa sama, kumpulan kekal komited untuk mengembangkan lagi kedudukannya selain melabur dalam rangkaiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *