Untung Bersih Suku Kedua Genting Plantations Meningkat Kepada RM85.12 Juta

2158e64233227b6763a7f1f8927099dc5f46461fd0694Genting Plantations Bhd

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Iteenews) –Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM85.12 juta daripada RM70.97 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh penigkatandalam segmen perladangan.

Hasil, bagaimanapun, turun enam peratus kepada RM757.16 juta daripada RM805.95 juta sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, kumpulan itu mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM127.95 juta berbanding RM109.78 juta manakala hasil merosotsedikit kepada RM1.36 bilion daripada RM1.39 bilion.

Hasil lebih rendah tahun ke tahun untuk suku kedua2024 dan separuh pertama 2024, disebabkan jumlahjualan yang lebih rendah dalam segmen pembuatan hiliran, sebahagiannya dikurangkan oleh harga produk sawit yang lebih tinggi.

Harga minyak sawit mentah pula mencecah RM3,797 satu tandan RM3,721 satu tan, masing-masing pada suku kedua 2024 dan separuh pertama 2024manakala harga isirung sawit suku kedua2024 dan separuh pertama2024 ialah masing-masing pada RM2,229 satu tandan RM2,154 satu tan.

“Pengeluaran tandan buah segar (FFB) kumpulan bagi kedua-dua tempohadalah sedikit lebih rendah tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh taburan hujan yang tinggi dan trend penanaman yang rendah.

“Selain itu, program penanaman semula yang berterusan di Malaysia telah menyebabkan pengurangan kawasan penuaian,” kata maklumanitu.

Ia mengumumkan dividen interim satu peringkat sebanyak lapansen sesaham biasadandibayar pada 30 Sept 2024.

Mengenai prospek, kumpulan menjangkakanprestasi segmen perladangan utamanya untuk sepanjang tahun ini bergantung terutamanya pada pergerakan harga produk sawit dan pengeluaran FFB kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *