Foto: PHB
KUALA LUMPUR, 20 Mac(Iteenews) –Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mencatatkan lonjakan lebih tiga kali ganda dalam keuntungan bersihnya bagitahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) kepada RM117.2 juta berbanding RM31.7 juta pada tahun sebelumnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, PHB berkata pertumbuhan yang tinggi itu mencerminkan kejayaan inisiatif strategik PHB yang dilaksanakan pada TK2024, sekali gus meletakkan kumpulan berkenaan pada landasan yang tepat untuk pertumbuhan jangka panjang yang mampan.
''Prestasi kewangan yang kukuh ini didorong oleh hasil tertinggi sejak penubuhannya iaitusebanyak RM464.4 juta, peningkatan sebanyak 17 peratus daripada RM396.0 juta pada TK2023,disokong oleh pendapatan sewa yang lebih tinggi, kadar penghunian yang lebih baik, sertasumbangan daripada aset-asetutama yang baru disiapkan.
''Pendapatan hartanah bersih (NPI) meningkat sebanyak 25 peratuskepada RM275.2 juta, mencerminkan pengurusan aset yangberkesan dan disiplin dalam kawalan kos ke atas portfolio aset hartanah yang diurus PHB," menurut kenyataan berkenaan.
Syarikat pelaburan hartanah itu berkata pertumbuhan hasilnya disokong oleh pasaran runcit yang lebih kukuh, peningkatan pendapatan berkaitan hartanah, dan siapnya dua pembangunan utama.
''Mayang Mall diKuala Terengganu dan Gudang Maersk LF Logistics di Shah Alam, masing-masing menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan sewa, dengan Mayang Mall mencapai kadar penghunian melebihi 80 peratus setakat 31 Disember, 2024," katanya.
PHB berkata kos pinjaman menurun sebanyak 13 peratus kepada RM38.4 juta berikutan penerbitan sukukbernilai RM1.5 bilion oleh PHB pada September 2024.
''Permintaan pasaran yangmemberangsangkan dengan lebihan langganan sebanyak 2.2 kali telah mengurangkan kospembiayaan PHB, dan anggaran penjimatan sebanyak RM14 jutaakan dimanfaatkan sepenuhnya pada TK2025," katanya.
Menurut PHB, penyusunan semula anak syarikat utamanyatermasuk PHB Facility Management Berhad dan PHB Asset Management Berhad, dijangka memberikan penjimatan kos tahunan sebanyakRM4.5 juta apabila dilaksanakan sepenuhnya pada TK2025.