Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

02f7f7cced99a37faf88d9e3cfe9b8e65faa7dcb344da

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Iteenews) –Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagitahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan syarikat pula meningkat kepada RM5.25 bilion daripada RM5.0 bilion sebelumnya, didorong oleh jualan domestik yang lebih tinggi daripada operasi makanan dan minuman (F&B) di Malaysia sertaThailand selain eksport ke Kemboja.

Menerusi jualan domestik, kata syarikat itu, produkminuman, air dan produk tenusu dicatatkan menjadi pemacu kepada prestasi utama syarikat.

F&N berkata pendapatanF&B Malaysia bagi tahun semasameningkat 3.5 peratus tahun ke tahunkepada RM2.95 bilion, didorong oleh permintaan yang kukuh semasa musim perayaan, disokong oleh penembusan pasaran yang berjaya selainkempen penjanaan permintaan, walaupun ia sebahagiannya terjejasoleh pengurangan eksport.

Sementara itu, F&B Thailand merekodkan pendapatan sebanyak RM2.29 bilion bagitahun kewangan 2024, mencerminkan pertumbuhan 6.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh jualan yang lebih kukuh ke Kemboja, susulan kejayaan promosi di seluruh negaradan impak penuh jualan Bear Brand sepanjang tahun.

"Jualan domestik sebahagiannya terjejasoleh bekalan susu segar yang terhad dan inisiatif perlindungan margin untuk produk tertentu," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi prestasi F&Npada suku keempat, syarikat itu melaporkan untung bersihnya susutkepada RM84.99 juta berbanding RM137.56 juta pada tahun lepasmanakala pendapatannya meningkat kepada RM1.26 bilion berbanding RM1.24 bilion sebelumnya.

"Pertumbuhan ini dipacuoleh jualan domestik yang lebih tinggi di F&B Malaysia dan F&B Thailand, walaupun menghadapi cabaran luar seperti ketegangan geopolitik yang memberi kesan kepada perdagangan dan logistik global, serta penukaran mata wang baht/ringgit yang tidak menguntungkan," katanya.

Susulan keputusan yang menggalakkan, lembaga pengarah syarikat mencadangkan dividen akhir bertingkat tunggal sebanyak 33 sen setiap saham; jumlah pembayaran yang dianggarkan sekitar RM121.0 juta, yang dijadualkan dibayar pada 10 Feb,2025.