99 Speed Mart Retail Holdings Bhd
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Iteenews) –Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart)bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 turun kepada RM107.16 juta berbandingRM111.05 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Menurut 99 Speed Mart dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini,perolehan kumpulanbagaimanapun melonjak 8.8 peratus kepada RM2.55 bilion berbandingRM2.34 bilion sebelumnya, didorong terutamanya oleh pengembangan rangkaian kedai berkenaan.
Dalam tinjauan suku semasa, kumpulan itu menyaksikan bilangan cawangan yangmeningkat iaitu sebanyak 51, menjadikan jumlahnya kepada 2,697 cawangan setakat 30 Sept, 2024.
“Sejajar itu, jumlah transaksijualan juga meningkat sebanyak 11.9 peratus tahun ke tahunkepada 120.2 juta transaksipada suku semasa berbanding suku yang sama tahun lepas, walaupun ini sebahagiannya diimbangi oleh saiz bakul purata yang lebih rendah, yang menyusutsebanyak 2.8 peratus kepada RM21.20.
"Platform jualan pukal dalam talian kumpulan, yang dilancarkan pada Disember 2023, telah diperluaskan dari Lembah Klang ke selatan Semenanjung pada Julai 2024 selaintelah mengukuhkan lagi impak positif platform ini yangmenyumbang kira-kira RM7.4 juta dalam perolehantambahan sepanjang suku ketiga 2024," katanya.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept,2024, keuntungan bersih 99 Speed Mart meningkat kepada RM365.84 juta berbanding RM293.69 juta dalamtempoh yang sama tahun lepasmanakala perolehanmeningkat kepada RM7.39 bilion berbanding RM6.80 bilion sebelumnya.
Mengenai prospek, kumpulan itu berkata ia tetap teguh dalam usaha mengembangkan rangkaian cawangannya di seluruh negaradengan penekanan khusus kepada mengoptimumkan aliran peolehandan meningkatkan kecekapan operasi.
"Faktor-faktor ini adalah penting dalam mendorong prestasi kewangan yang kukuh dan meningkatkan nilai pemegang saham.
“Ketika kami terus mengemudi kerumitan pasaran, tumpuan kekal kepada memupuk inovasi dan meningkatkan penglibatan pelanggan untuk memacu pertumbuhan yang mampan,” katanya.