Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Sebanyak 4.5-5.5 Peratus Adalah Munasabah – Ahli Ekonomi

12d1519de7bee7067059fd12fc00af1763e390bb98ee5

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Iteenews) — Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.

Beliau berkata jangkaanitu serupa dengan unjuranoleh bank itu sebanyak 4.5 peratus untuk tahun depan.

“Belanjawan 2025 adalah langkah terbaikuntuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.

“Kerajaan kekal komited kepada penyatuan fiskal, menyasarkan defisit fiskal lebih kecil sebanyak 3.8 peratus daripada KDNK berbandingKDNK 4.3 peratus pada 2024, secara umumnya iasejajar dengan jangkaan kami sebanyak 3.5-3.8 peratus daripada KDNK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lavanya percaya bahawa keputusan untuk meluaskan asas cukai dengan meningkatkan skop cukai jualan dan perkhidmatan, mengenakan cukai sebanyak 2.0 peratus terhadapambang tertentu dan meletakkan asas untuk memperkenalkan cukai karbon dalam sektor tertentu, adalah langkah yang betul.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Rating Corporation Bhd, Arshad Mohamed Ismail berkata Belanjawan2025 mengukuhkan fokus kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi sambil mengekalkan penyatuan fiskal dari semasa ke semasa.

Beliau berkata tahun semasa adalah kukuh dari segi pertumbuhan ekonomi, melepasi jangkaan awal dengan kerajaan mengunjurkan pertumbuhan 2024 antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus.

“Asas yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 telah memainkan peranan penting dalam menyokong momentum ini sejajar denganobjektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Memandangkan 2025 adalahtahun terakhir RMK-12, Belanjawan2025 menetapkan asas kukuh untuk mencapai pertumbuhan pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, menyediakan asas kukuh bagi Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *