Unit Varia Peroleh Kontrak Bernilai RM61.45 Juta Daripada Kemuncak Pesaka

78704b042bf461fed7ccf73b09e38ba265b778fc2a4bdVaria Bhd

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Iteenews) –Anak syarikat milik penuh Varia Bhd (Varia), Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd (Pembinaan Teguh Maju), memperoleh kontrak bernilai RM61.45 juta daripada Kemuncak Pesaka Sdn Bhd.

Varia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Pembinaan Teguh Maju telah dilantik sebagai subkontraktor untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja bangunan utama serta kerja-kerja luar bagi projek di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

”Kontrak ini adalah untuk tempoh 31 bulan bermula dari19 Ogos 2024sehingga tamat pada 31 Mac 2027."

“Kontrak tersebutdijangka memberi sumbanganpositif kepada pendapatan kumpulan Varia bagi tempoh kewangan berkaitan sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *