Unit Puncak Niaga Jual 100 Peratus Kepentingan Dalam Zuriat Watan Pada Harga RM83.62 Juta

5eb423ad9af793d2ee66a88f604ebbcb5fe04dfc5b88b

KUALA LUMPUR, 2 Sept(Iteenews) –TRIplc Bhd, anak syarikat milik penuh Puncak Niaga Holdings Bhdmemeterai dua perjanjian penjualan saham bagi cadangan pelupusan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Zuriat Watan Sdn Bhd (ZWSB) kepada empat pembeli pada harga RM83.62 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Puncak Niaga berkata TRIplc memeterai perjanjian penjualan saham dengan Jinze Sdn Bhd untuk menjual 202,500 saham biasa, mewakili 4.5 peratus kepentingan ekuiti dalam ZWSBpada harga RM3.58 juta (cadangan pelupusan 1).

TRIplc juga memeterai perjanjian penjualan saham berasingan dengan tiga pembeli lain pada 27 Ogos, 2024untuk menjual 4,297,500 saham biasa, mewakili 95.5 peratus kepentingan ekuiti dalam ZWSB, pada harga RM80.04 juta (cadangan pelupusan 2).

Di bawah cadangan pelupusan 2, pembeli saham ituialah Leeway Holdings Sdn Bhd, DB Enneadrakon Group (M) Sdn Bhd dan Sheng Dar Holding Sdn Bhd.

Puncak Niaga berkata pelupusan yang dicadangkan itu adalah sebahagian daripada strateginya untuk mengewangkan aset bukan teras bagi memudahkan aliran tunai kumpulan.

"Pelupusan inidijangka menghasilkankerugian proforma kira-kira RM82.84 juta kepada kumpulan," katanya.

Cadangan bagi pelupusan 1 dijangka selesaipada suku ketiga 2024 dan cadangan pelupusan 2 pula pada suku keempat 2024.

TRIplc bercadang untuk mengisytiharkan harga pelupusan, selepas menolak semua yuran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan cadangan pelupusan, sebagai dividen khas kepada Puncak Niagayang akan menggunakan hasil tersebut untuk obligasi kewangannya berjumlah RM20 juta, modal kerja am (RM58.62 juta)dan untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan pelupusan (RM5 juta).

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *