Unit Mitrajaya Peroleh Kontrak RM151.99 Juta Daripada NCIA

786fb803bfa4247fc2bdddec55d4f2765fe1e9aebc000

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Iteenews) — Mitrajaya Holdings Bhd (MHB) memperoleh kontrak daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membina Fasa 2A Taman Sains dan Teknologi Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kedah bernilai RM151.99 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, firma pembinaan itu menjelaskan kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd.

Kontrak selama 24 bulan itu bermula daripada tarikh permulaan projek pada 20 Ogos, 2024, tambahnya.

Menurut MHB kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan 2026.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *