Unit Minetech Raih Kontrak Naik Taraf Sistem Pembetungan Bernilai RM36 Juta

f1c011fd307c0b1655a6d425d1568859604035d59d01a

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Iteenews) –Anak syarikat milik penuh Minetech Resources Bhd (Minetech), Coral Evergreen Sdn Bhd,menerimasurat lantikandaripada Puncak Utara Sdn Bhd untuk menjalankan projek menaik taraf sistem pembetunganbernilai RM36.79 juta.

Pakar kejuruteraan awam itu dalam maklumankepada Bursa Malaysia hari ini berkata, projek berkenaanmelibatkan peningkatan sistem pembetungan dan infrastrukturberkaitan di Perbandaran Ketengah Jaya, Bukit Besi, dan Seri Bandi Fasa III, Terengganu.

Projek tersebutbermula pada 29 Julai 2024, dan dijangka siap pada 13 Jun 2027.

Pengerusi Eksekutif Minetech Abang Abdillah Izzarim berkata syarikat berkenaanakan terus aktif mendapatkan projekutama dan mengembangkan kehadirannya dalam sektor infrastruktur, termasuk kejuruteraan awam dan rawatan air.

“Kami juga mahu meneroka peluangdi Sarawak pada masa depan danmenyasaruntuk memacu pertumbuhan dan mencapaihasilpositif,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *