Unit KLCCP Tingkat Program Sukuk Murabahah Kepada RM2 Bilion

c00836a449d4d024b84e24a301106cb35faa9200c93c9

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Iteenews) –Anak syarikat milik penuh KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) Suria KLCC Sdn Bhd meningkatkan program sukuk murabahahnya kepada RM2 bilion daripada RM600 juta dalam nilai nominal.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KLCCP berkataSuria KLCCberjaya menerbitkan sukuk murabahah berjumlah RM600 juta dalam nilai nominal dengan tempoh 10.5 tahun dan kadar keuntungan berkala 4.00 peratus setahun.

Hasil yang diperoleh akan digunakan oleh Suria KLCC untuk membiayai semula terbitan pertama sebanyak RM600 juta yang dibuat pada 31 Dis 2014, tidak lama selepas program itu ditubuhkan pada 19 Nov 2014, dan yang akan matang hari ini, 31 Dis 2024.

Menurut makluman itu, peningkatan dan semakan terma program itu akan berkuat kuasa pada 31 Dis 2024.

— BERNAMA