Unit Kimlun Corp Raih Kontrak Pembinaan RM128.13 Juta Di Johor Bahru

4d97785fc24f82082659b69d05ebebdd6181197eacc6a

KUALA LUMPUR, 18 Sept(Iteenews) –Anak syarikat milik penuhKimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraihkontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.

Dalam maklumankepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu berkata kontrak tersebut terdiri daripada dua bahagian.

Katanya bahagian pertamayang bernilai RM57.86 jutadijangka siap pada suku ketiga 2026manakala bahagian kedua yang bernilai RM70.27 juta dijangka siap dalam tempoh 21 bulan dari tarikh permulaan pembinaan.

"Kontrak ini dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Kimlun bagitahun kewangan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *