Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak RM25.50 Juta Daripada Tenaga Nasional

fa1ffe2f77c2d295505eb548e6af9bf866b0deeb63947Jati Tinggi Group

KUALA LUMPUR, 16 Jan(Iteenews) — Anak syarikat milik penuhJati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripadaTenaga Nasional Bhd untuk melaksanakan kerja kontrak bagi cadangan pembekalan secara pukal275 kilovolt (kV) kepada sebuah pusat data di Selangor.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Jati Tinggi Group menjelaskan jumlah nilai kontrak bagi kerja-kerja itutersebut adalah RM25.50 juta.

“Kontrak ini adalah bagi pemasangankabel litar berkembar bawah tanah275kVuntuk sebuahpusat data di Selangor.

“Kontrak berkuat kuasa dari15 Jan, 2025 dan perlu disiapkandalam tempoh 270 hari daripada tarikh permulaan kontrak yang akan ditentukan kemudian,” jelasnya.

— BERNAMA