GEORGE TOWN, 28 Dis(Iteenews) –Iconic Penang Sdn Bhd, anak syarikatIconic Worldwide Bhd, hari ini merasmikan Hotel Iconic Majorie yang juga sebahagian Hotel Portfolio Tribute di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Perasmian hotel itu turut menyertaiportfolio jenama, program pelancongan selain menyediakan peluang menikmati tawaran pengalaman menarik disediakan oleh Marriott International.
Pengarah Urusan James Tan berkata menerusi kerjasama dengan Marriott International, Iconic Penang telah membangunkanhotel bertaraf lima bintang dilengkapkandengan 298 bilik bagi meningkatkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi utama bagi pelancong dan pelabur.
“Hotel mewah ini akan menarik kehadiran pelancong peringkat atasan, menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan Pulau Pinang selain meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar selain mengukuhkan lagi reputasi negeri itu di persadaglobal," katanya pada majlis perasmian hotel itu di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Wong Hon Wai.
Tan berkata Hotel Iconic Marjorie juga adalahhotel pertama di Pulau Pinang yang mencapai standard emas berprestij dari segi indeks bangunan hijau, sekali gus mencerminkan komitmen kumpulan bagi aspek kemampanan dan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus sepanjang perniagaan.
Beliau berkata kerjasama erat bersamaHirsch Bedner Associates membantu kumpulan merangka pengalaman seni bina dan falsafah reka bentukunik yang menghargai budaya Baba-Nyonya Pulau Pinang.
Sementara ituChow berkata pertumbuhan sektor pelancongan dan hospitaliti akan membuka peluang baharu bagi pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan.
“Hotel ini misalnya, memberi impak langsung ke atas ekonomi, menawarkan pelbagai peluang pekerjaan serta menyokong kesejahteraan komuniti di sekitarnya.