Unit Haily Raih RM65.1 Juta Kontrak Pembinaan Di Johor Bahru

73334d7cd4199335a7660bde52f947c367222562eeb88

KUALA LUMPUR, 30 Okt(Iteenews) –Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhdmeraihkontrak bernilai RM65.1 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari iniberkata kontrak berkenaantermasuk kerja pembinaan dan penyiapan Fasa 6C di Bandar Jaya Putra, Johor Bahru.

Di bawah kontrak berkenaan, Haily akan menyaksikan pembangunan 206 unit rumah teres dua tingkat sertapencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Kontrak selama 15 bulan itu bermula pada 2 Dis, 2024dengan kerjautamamerangkumi sebuahrumah pameran, unit contohdan sebuah stesen janakuasa TNB yang akan disiapkan pada 1 Jun 2025.

Sementara itu, kerja-kerja pemasangan cerucuk pula dijadualkan siapdalam tempoh dua bulan dari tarikh bermulanya kontrak.

Dalam pada itu, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group BhdSee Tin Haiberkata projek ini selaras dengan komitmen strategik Haily untuk menciptapembangunan kediaman berkualiti di Johor.

“Kemenangan kontrak terkini Haily membawa jumlah nilai kontrak syarikat untuk 2024 kepada kira-kira RM527.41 juta, sekali gus melebihi RM272.14 juta yang diperoleh pada 2023.”

“Pada masa ini, Haily mempunyai 27 projek yang sedang dibangunkandengan jumlah nilai kontrak kira-kira RM923.03 juta,” katanya.

Projekberkenaandijangka disiapkan secara berperingkat iaitu antara 2024 dan 2026 susulanprospek sektor pembinaan Malaysia yang menjanjikanselaindijangka berkembang sebanyak 9.4 peratus pada 2025, kata See.